• このページはMalayで表示されています。 オフィシャルサイト [JP]
  • This page is displayed in ‘Malay’. Official web site [EN]

Arc Communications - Laman Web Global

Arc Communications menawarkan rangkaian perkhidmatan yang pelbagai untuk membantu perniagaan luar negara yang ingin memasuki pasaran Jepun dan Asia. Sama ada ia berbentuk perkhidmatan yang berkaitan dengan bahan pemasaran seperti reka bentuk web dan grafik, perkhidmatan bahasa seperti terjemahan dan tafsiran, atau perkhidmatan staf yang menyediakan sumber manusia yang mengkhusus dalam bidang ini, berikan tugas memenuhi keperluan komunikasi perniagaan anda kepada kami.

  • Reka Bentuk Web
    Laman web yang berkesan merupakan alat penting untuk mengembangkan perniagaan anda ke dalam pasaran Jepun dan pasaran Asia lain. Arc Communications menyediakan sokongan yang diperlukan untuk membangunkan laman web yang secara khusus menjurus kepada pasaran Asia.
  • Reka Bentuk Grafik
    Di Asia, dan Jepun secara khususnya, risalah yang direka dengan baik bagi memperkenalkan syarikat atau brosur produk anda boleh menjayakan atau menggagalkan perbincangan perniagaan.
  • Terjemahan & Penyetempatan
    Menyebarkan bahasa Asia ke dunia. Bahasa dunia ke Asia. Dengan menggunakan rangkaian staf tempatan dari semua sudut dunia, Arc Communications menyediakan terjemahan berkualiti tertinggi untuk membantu mengembangkan potensi perniagaan anda.
  • Mentafsir
    Semasa terlibat dalam perbincangan perniagaan di Jepun dan negara Asia lain, kepentingan seorang pentafsir yang mahir dengan kedua-dua bahasa dan budaya tidak boleh diabaikan. Pentafsir kami yang dipilih dengan teliti menjadi kunci kepada kejayaan perniagaan anda dalam pasaran lain.
  • Perkhidmatan/Penempatan Staf
    “Saya memerlukan staf yang mempunyai pengalaman dalam persekitaran perniagaan Jepun,” “Saya memerlukan staf yang menguasai dua bahasa untuk memastikan komunikasi berjalan dengan lancar.” Jika ini bunyinya seperti anda, izinkan kami menyediakan sokongan staf yang anda perlukan.

Memperkenalkan Arc Communications

LokasiArc Communications terletak di tengah-tengah daerah perniagaan Tokyo, pusat bagi benua Asia. Dari lokasi ideal ini, perkhidmatan komunikasi syarikat yang bermutu mempunyai tempat yang tinggi dalam kalangan kumpulan kliennya.
Sejarah SyarikatOperasi perniagaannya bermula dalam tahun 1996. Arc Communications berpecah sebagai sebuah syarikat baru dalam tahun 2005. Keupayaan untuk menawarkan barisan perkhidmatan komunikasi yang stabil dalam persekitaran perniagaan yang begitu kompetitif seperti Tokyo merupakan sumber keyakinan dan kebanggaan yang tinggi buat kami.
Falsafah KorporatKami di Arc Communications menyediakan perkhidmatan yang menyokong secara langsung kejayaan perniagaan global di Jepun dan Asia.
Sebagai profesional komunikasi perniagaan yang mengkhusus dalam pasaran perniagaan Asia, kami menyediakan untuk klien kami penyelesaian sehenti yang memenuhi keperluan klien dan pasaran yang mereka ingin tembusi.
Klien kami mencapai kejayaan dalam perniagaan merupakan matlamat akhir kami dan yang memberikan kami kepuasan yang paling tinggi.
Klien BesarSyarikat yang aktif di Jepun, di Asia dan di dunia, serta syarikat yang ingin memasuki pasaran Jepun dan pasaran Asia lain merupakan sebahagian besar kumpulan klien kami.
Klien Utama
GE Group, HP Group, Sony Group, NTT Group, Unilever, Sigma-Aldrich, Eisai, Canon, Kirin Group, Ernst & Young ShinNihon, Sojitz Group, Diamond, Nissan Motor, ASEAN-Japan Centre, Japan External Trade Organization (JETRO), University of Tokyo, Waseda University, dll.
Arc Communications Inc.
Presiden & CEO: Mariko Ohsato
Alamat: 7th Fl. Moriden Bldg. 3-9-9 Mita, Minato-ku, Tokyo 108-0073
Telefon: 81-3-5730-6133
Faks: 81-3-5730-6134
E-mel: arc-c@arc-c.jp
  • 日本語でのお問い合わせはこちら お問い合わせ [JP]
  • For inquiries in English, click Contact Us [EN]